Akaun madrasahaljamiah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

   SEDEKAH MAMPU MENGUBAH TAKDIR 
 MENOLAK BALA YANG TIDAK BAIK 
  

"YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN MEREKA YANG

TERJEJAS BANJIR INI. ENGKAU MAHA MENGAMPUN LAGI MAHA

MENYAYANGI. HANYA PADA MU YA ALLAH KAMI BERSERAH"


SEDEKAH BOLEH MENOLAK BALA

"SEDEKAH tidak akan mengurangkan harta,

sebaliknya ia akan membuatkan rezeki kita bertambah"


Ayat itu seringkali kita dengar daripada orang di sekeliling, bukan?



Namun hakikatnya, selain pembuka pintu rezeki, bersedekah sebenarnya dapat menolak musibah kepada kita.


Rasulullah SAW bersabda:   "Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak."  

(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)


Subhanallah ‼️




Selain dari pahala besar yang telah Allah janjikan, keutamaan sedekah juga berfungsi untuk menolak bala dan bencana untuk kehidupan manusia. Betapa besarnya ganjaran yang bakal diperoleh kepada mereka yang gemar bersedekah.


Menurut Ibnu Qayim al-Jauziyah:   "ALLAH SWT menolak pelbagai bencana dengan sedekah. Ketentuan ini sememangnya dimaklumi sama ada bagi para ulama ataupun orang awam. Sebab itulah ramai yang mempercayainya kerana mereka telah mencubanya.


"Sedekah memiliki kehebatan yang luar biasa untuk

menolak pelbagai bencana meskipun sedekah

itu dikeluarkan oleh orang yang fasik, zalim atau kafir."

(Al-Waabilus Shayyib, hal. 49, Darul Kitab Al-‘Iraqi, Beirut, 1405 H, Syamilah).



Surah Yusuf ayat 88:


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

فَلَمَّا دَخَلُواْ عَلَيۡهِ قَالُواْ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهۡلَنَا ٱلضُّرُّ وَجِئۡنَا بِبِضَـٰعَةٍ۬ مُّزۡجَٮٰةٍ۬ فَأَوۡفِ لَنَا ٱلۡكَيۡلَ وَتَصَدَّقۡ عَلَيۡنَآ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَجۡزِى ٱلۡمُتَصَدِّقِينَ

صدق الله العظيم

 

“Maka mereka pun pergilah ke Mesir setelah mereka masuk menemui Nabi Yusuf,

mereka berkata: Wahai Al-Aziz! Kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan

disebabkan kemarau, dan kami datang dengan membawa barang-barang yang tidak

berharga sebagai tukaran untuk mendapatkan bahan makanan.

Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bahan makanan untuk kami dan bersedekahlah

kepada kami. Sesungguhnya Allah mengurniakan ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah.”




Betapa hebatnya kuasa sedekah.

Ayuh, kita amalkan sedekah dalam kehidupan kita.

Biar kecil nilai yang diberikan, asalkan ikhlas dan

hanya mengharapkan balasan daripada ALLAH SWT

semata-mata.




SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.

SEMOGA TABAH  MENGHADAPI SEGALA UJIAN

DARI ALLAH S.W.T


AYUH SEMUA KITA SALURKAN PAHALA YANG MENGALIR KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA SAMADA MEREKA MASIH HIDUP ATAU SUDAH MENINGGALKAN KITA DENGAN MENYERTAI

PROGRAM BERINFAQ & JARIAH KEPADA MADRASAH AL-JAMIAH DAR UL BUHUS

Atas dasar itu, Madrasah Al-Jamiah membuka peluang untuk anda  BERINFAQ serendah RM100  untuk Program  INFAQ  di  Maahad Tahfeez Al Jamiah

RM100 = 1 Lot sumbangan



Madrasah Al-Jamiah telah diasaskan oleh
MOHD LUTFIRRAHMAN BIN CHE OMAR
pada 25 Dec 2015 





Bilangan Tenaga Pengajar/Pelajar 11 Orang Tenaga Pelajar 22 Orang pelajar

MADRASAH AL-JAMIAH  ditubuhkan atas kesedaran  untuk melahirkan para ulama yang bertaqwa dan manjadi asbab agama yang sempurna hidup dalam kehidupan setiap ummat   , MADRASAH AL-JAMIAH menjadikan Tahfiz sebagai konsep bagi pembangunan modal insan khusus kepada golongan ANAK MUDA melalui penerapan nilai kerohanian, fardhu ain, dan cintakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.




Bermula pada 2015, MADRASAH AL-JAMIAH berjaya menampung seramai 22 orang pelajar lelaki  di bawah program infaq dan berdaftar secara rasmi di bawah JHEAT.

KINI JUMLAH PELAJAR SUDAH HAMPIR KEPADA 100 ORANG.









Bagaimana tuan-puan boleh membantu?

Untuk memudahkan urusan bagi menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyediakan pakej sumbangan seperti berikut: 
 .
Pakej AR - RAZZAQ : RM1000
Pakej SIJIL INFAQ : RM500
    Pakej TAJA 3 ORANG PELAJAR : RM300       
  Pakej INFAQ 1 LOT SUMBANGAN: RM100    
Pakej INFAQ 1/2 LOT SUMBANGAN: RM50   

===

APA ITU PAKEJ AR - RAZZAQ

RM1000 - Waqaf Dinding - Nama akan diabadikan di Papan Senarai Penyumbang dan diletakkan dalam bilik kuliah


PAKEJ AL - USRA


Wakilkan diri anda dengan INFAQ PAKEJ AL-USRA supaya dapat salurkan pahala sementar kita masih bernafas


Moga anda dan keluarga yang dicintai sama-sama dipermudahkan urusan untuk ke syurga kelak.


Nama anda dan keluarga akan diabadikan di Papan Senarai Penyumbang dan diletakkan dalam bilik kuliah

(TERHAD KEPADA 7 NAMA SAHAJA)


Setiap Infaq diberi akan kami sertakan nama penyumbang sekeluarga dalam majlis doa dan tahlil mingguan maahad tahfiz.

Mudah-mudahan pahala infaq ini sampai kepada kedua ibu bapa kita dan mereka sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.


Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Nama :   TETUAN DAR AL-BUHUS CONSULTANCY
No akaun :   13053010017375
Bank :  Bank Islam


Letakkan reference  "Dana AJ "   untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Maklumat tambahan mengenai Madrasah :  
Alamat :  Madrasah al-jamiah dar ul-buhus 
lot 60011,musolla ustaz syed omar, kampung tok jamal, wakaf
memepelam, 20200, kuala terengganu, terengganu

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp :  wasap.my/601151705422

NOTA : PROGRAM & KEMPEN KUTIPAN DANA INFAQ UNTUK  MADRASAH AL-JAMIAH  INI DIJALANKAN DENGAN KERJASAMA SEBUAH SYARIKAT KONSULTANSI ( BIX WEALTH SDN. BHD.)  YANG DILANTIK SECARA RASMI OLEH PIHAK MADRASAH. SEBAHAGIAN DARIPADA  DANA  KUTIPAN INI DIGUNAKAN OLEH PIHAK MADRASAH AL JAMIAH UNTUK MEMBIAYAI KOS PENGOPERASIAN DAN PENGIKLANAN KEPADA BIX WEALTH SDN. BHD. SEPANJANG KEMPEN INI DIJALANKAN.