Akaun madrasahaljamiah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



Puasa Arafah Menghapuskan Dosa 2 Tahun


Hari Arafah -9 Dzulhijjah- adalah hari yang mulia saat di mana datang pengampunan dosa dan pembebasan diri dari seksa neraka. 


Pada hari tersebut disyari’atkan amalan yang mulia iaitu puasa. Puasa ini disunnahkan bagi yang tidak berhaji.


Puasa Arafah adalah amalan yang disunnahkan bagi orang yang tidak berhaji.


Dari Abu Qotadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

“Puasa Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. 

Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162)

Imam Nawawi dalam Al Majmu’ (6: 428) berkata, 


“Adapun hukum puasa Arafah menurut Imam Syafi’i dan ulama Syafi’iyah: 

disunnahkan puasa Arafah bagi yang tidak berwukuf di Arafah. 


Adapun orang yang sedang berhaji dan saat itu berada di Arafah, 

menurut Imam Syafi’ secara ringkas dan ini juga menurut ulama Syafi’iyah bahwa disunnahkan bagi mereka untuk tidak berpuasa karena adanya hadits dari Ummul Fadhl.”


Ibnu Muflih dalam Al Furu’ -yang merupakan kitab Hanabilah- (3: 108) mengatakan, 

“Disunnahkan melaksanakan puasa pada 10 hari pertama Dzulhijjah, lebih-lebih lagi puasa pada hari kesembilan, yaitu hari Arafah. Demikian disepakati oleh para ulama.”


Jika Tidak mampu berpuasa hari ini, bersedekahlah 

kerana pada pagi hari Arafah ini terkandung keberkatan yang 

begitu banyak untuk diraih.

.

INILAH PELUANG KITA BERBAKTI UNTUK IBU AYAH KITA YANG 

MASIH HIDUP ATAUPUN YANG DAH TIADA DENGAN PAHALA 

INFAQ/SEDEKAH Program Pembinaan dan Pengurusan Madrasah Aljamiah

.