Pembinaan Madrasah Al Jamiah:
“Dana Segera Diperlukan Untuk Madrasah
Di Wakaf Mempelam Kuala terengganu
Slot Wakaf Hanya RM100 Per Nama ”
(Wakafkan Atas Nama Anda & Ahli Keluarga Yang Lain, Insyaallah Berpanjangan Pahala Selamanya.
Kita semua tahu, setiap manusia itu pasti menemui ajalnya satu hari nanti.
Namun pernah tak kita berfikir;
Adakah amalan yang kita ada sekarang sudah cukup?
Apa pula persediaan yang kita dah buat sebagai bekalan menuju akhirat?
Apa amalan yang kita dah rancang dan buat, supaya kita boleh dapat pahala secara berterusan (walaupun ketika kita sudah meninggal dunia)?
Salah satunya adalah dengan berwakaf.
Inilah cara untuk kita dapat pahala berterusan di akhirat kelak sepertimana Rasulullah Solallahua’laihi wasallam sarankan.
![]()
![]()
Kisah menarik daripada Ibnu Umar Radiallahu a’nhu.
Beliau menceritakan tentang bapanya, Umar ibn Khattab.
“Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar, lalu dia datang kepada Nabi S.A.W untuk minta pandangan tentang tanah itu;
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka, Rasulullah S.A.W pun bersabda kepadanya yang bermaksud: “Jika engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
Lalu Umar R.A pun sedekahkan manfaatnya (yakni berwakaf) dengan syarat tanah itu tidak boleh dijual beli, dihibahkan @ diwariskan.
- Riwayat Bukhari Muslim
Beginilah besarnya jiwa para sahabat dalam mengejar amalan untuk bekalan akhirat.
Wakaf Sebagai Hadiah Paling Afdal Dunia Akhirat
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
♦ Ibu bapa yang masih hidup @ meninggal dunia
♦ Ibu bapa yang masih hidup @ meninggal dunia
♦ Insan kesayangan seperti anak, isteri @ sahabat
♦ Dihadiahkan pahala untuk mereka yang kita pernah hutang tapi terputus hubungan, dibuli, dikhianat, dll
Semoga dengan berwakaf atas nama mereka, dapatlah kita ‘menebus’ (dengan harapan mereka dapat pahala) kesilapan kita yang lalu.
Atas dasar itu, Maahad Tahfeez Al Jamiah Dar Ul Buhus Al Islamiyyah Al Aliyyah Muhy Id Din membuka peluang untuk anda berwakaf serendah RM30 untuk membina bangunan baru di Maahad Tahfeez Al Jamiah Dar Ul Buhus Al Islamiyyah Al Aliyyah Muhy Id Din
RM30 = 1 Lot sumbangan
Moga sumbangan ini menjadi saham akhirat yg sentiasa mengalir buat diri dan orang tersayang. Amin.
PAKEJ AR RAZZAQ
RM1000 - Waqaf Dinding - Nama akan diabadikan di Papan Senarai Penyumbang dan diletakkan dalam bilik kuliah
![]()
-min (1).jpg)
PAKEJ Abdurrahman Bin Auf
RM500 - Sijil Waqaf dihantar ke rumah sebagai tanda penghargaan dari kami. ❤️

Ke Mana Wang Wakaf Anda Digunakan?
Duit wakaf anda akan digunakan khas untuk membina dan mebaikpulih madrasah kami Berjumlah 2.5 Juta yang meliputi seperti di bawah :-
A) Bilik Pengajian
B) Musolla
C) Kuarters Guru
D) Asrama
E) Tempat Mandi & Baju

Misi Kami Besar, Tapi Dana Kami Kurang
Oleh itu, kami memohon para pewakaf yang dermawan untuk membantu kami jayakan misi ini. Insyaallah, setiap ayat yang dihafal oleh pelajar, anda akan raih pahalanya di akhirat.
Nabi sollahua’laihi wasallam bersabda:
مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا ، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا
“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Akademi Tahfeez Al Jamiah Dar Ul Buhus Al Islamiyyah Al Aliyyah Muhy Id Din ”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : Bank Islam
Nama : TETUAN DAR AL-BUHUS CONSULTANCY
No akaun : 13053010017375
Letakkan reference "Al Jamiah" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.
Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261
Pemberitahuan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 010 575 8429