Akaun madrasahaljamiah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Sedekah Dapat Menyembuhkan Penyakit Kronik




Nabi SAW bersabda maksudnya, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”(HR. Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi, dihasankan oleh Syaikh Al-AlBani dalam Shahihul Jami')


Jika kalian menghadapi penyakit kronik selain mencari ubatnya maka jangan lupa bersedekah kerana sedekah akan menjadi salah satu rawatan yang mustajab , jika kalian bersedekah mestilah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin kalian telah banyak sedekah, tetapi tidak di niatkan untuk Allah Ta’ala menyembuhkanmu dari penyakit.


Cuba sekarang dan hendaknya kalian yakin bahawa Allah Ta’ala akan menyembuhkan penyakit yang di hidapi. Berilah makan orang-orang fakir, atau tanggunglah beban anak-anak yatim, atau wakafkanlah hartamu, atau keluarkanlah sedekah jariahmu. Sungguh sedekah dapat menghilangkan penyakit kronik, kesulitan, musibah atau cubaan.



Mereka yang diberi taufik oleh Allah Ta’ala telah mencuba nasihat ini. Akhirnya mereka mendapatkan ubat rohiyah yang lebih mujarab daripada ubat jasmani. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengubati dengan ubat rohiyah sekaligus ubat ilahiyah.


Para salafus soleh juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai. Jangan bakhil untuk dirimu sendiri, jika kalian memang memiliki harta dan kemudahan. Inilah kesempatannya telah datang!


Dikisahkan bahawa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang laki-laki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.


Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah telaga, kerana manusia sedang memerlukan air. Saya berharap akan ada mata air di dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Laki-laki itu lalu menggali perigi dan ia pun sembuh dengan izin Allah SWT “. (Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”).


Disini saya ingin mengajak tuan-puan untuk sama-sama menyumbang kepada tabung derma untuk membantu MENYIAPKAN MADRASAH AL JAMIAH. InsyaAllah semoga dengan bantuan sumbangan ini, kami doakan apa sahaja HAJAT tuan-puan akan tertunai disamping mendapat pahala berpanjangan kerana menolong anak-anak tahfiz menghafal Al Quran dan mempelajari ilmu agama.




( Kami Terpaksa Keluar Dari Tapak Tanah Sedia Ada Sekarang Ni Kerana Keperluan Mendesak)

TONTON VIDEO DIBAWAH



AYUH SEMUA KITA BANTU ANAK-ANAK TAHFIZ YANG MULIA INI. BUKAN SAHAJA ANDA DAPAT PAHALA BERPANJANGAN BAHKAN MUNGKIN DENGAN BERKAT SEDEKAH INI, ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DUNIA & AKHIRAT ANDA:

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

Barang siapa yang memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

(HR - Muslim)


PROGRAM BERINFAQ & JARIAH KEPADA MADRASAH AL-JAMIAH DAR UL BUHUS

Atas dasar itu, Madrasah Al-Jamiah membuka peluang untuk

anda  BERINFAQ serendah RM100  untuk

Program  INFAQ  di  Maahad Tahfeez Al Jamiah

RM100 = 1 Lot sumbangan



Madrasah Al-Jamiah telah diasaskan oleh
MOHD LUTFIRRAHMAN BIN CHE OMAR
pada 25 Dec 2015 





MADRASAH AL-JAMIAH   ditubuhkan atas kesedaran  untuk melahirkan para ulama yang bertaqwa dan manjadi asbab agama yang sempurna hidup dalam kehidupan setiap ummat   , MADRASAH AL-JAMIAH menjadikan Tahfiz sebagai konsep bagi pembangunan modal insan khusus kepada golongan ANAK MUDA melalui penerapan nilai kerohanian, fardhu ain, dan cintakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.


Bermula pada 2015, MADRASAH AL-JAMIAH berjaya menampung seramai 22 orang pelajar lelaki  di bawah program infaq dan berdaftar secara rasmi di bawah JHEAT.

KINI JUMLAH PELAJAR SUDAH HAMPIR KEPADA 100 ORANG.










Bagaimana tuan-puan boleh membantu?

Untuk memudahkan urusan bagi menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyediakan pakej sumbangan seperti berikut: 
 .
Pakej AR - RAZZAQ : RM1000
Pakej SIJIL INFAQ : RM500
    Pakej INFAQ Untuk Ibu Ayah : RM100 
Pakej INFAQ Untuk Murah Rezeki: RM100
Pakej INFAQ Untuk Kesembuhan Penyakit: RM100 
Pakej INFAQ Untuk Dikurniakan Anak Soleh: RM100  
Pakej INFAQ 3 LOT SUMBANGAN: RM300   
Pakej INFAQ 1 LOT SUMBANGAN: RM100    
Pakej INFAQ1/2 LOT SUMBANGAN: RM50   
SUMBANGAN IKHLAS: RM30 


=====
APA ITU PAKEJ AR - RAZZAQ

RM1000 - Waqaf Dinding - Nama akan diabadikan di Papan Senarai Penyumbang dan diletakkan dalam bilik kuliah


UNTUK PAKEJ SIJIL INFAQ RM500, TUAN-PUAN AKAN DIBERIKAN SIJIL


Cara untuk berinfaq supaya mudah diterima doanya (InsyaAllah):


1. Niat - Ketika buat bayaran, niat atas nama siapa infaq kita ini & jika ada hajat sebutkan apa hajat yang ada dihati.


2. Yakin - mesti ada keyakinan dalam hati yang ALLAH akan terima dan balas setiap RM yang kita keluarkan. Sebab ALLAH dah janji akan balas (rujuk surah Al-baqarah 261).


"Sedekah adalah amalan yang Allah janji akan balas masa di dunia lagi, bukan tunggu akhirat"


Setiap Infaq diberi akan kami sertakan nama penyumbang sekeluarga dalam majlis doa dan tahlil mingguan maahad tahfiz.

Mudah-mudahan pahala infaq ini sampai kepada kedua ibu bapa kita dan mereka sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.


Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Nama :   TETUAN DAR AL-BUHUS CONSULTANCY
No akaun :   13053010017375
Bank :  Bank Islam


Letakkan reference  "Dana AJ"   untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Maklumat tambahan mengenai Madrasah :   (Klik Sini)
Alamat :  Madrasah al-jamiah dar ul-buhus 
lot 60011,musolla ustaz syed omar, kampung tok jamal, wakaf
memepelam, 20200, kuala terengganu, terengganu

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp :   wasap.my/60109729174

NOTA : PROGRAM & KEMPEN KUTIPAN DANA INFAQ UNTUK  MADRASAH AL-JAMIAH  INI DIJALANKAN DENGAN KERJASAMA SEBUAH SYARIKAT KONSULTANSI ( BIX WEALTH SDN. BHD.)  YANG DILANTIK SECARA RASMI OLEH PIHAK MADRASAH. SEBAHAGIAN DARIPADA  DANA  KUTIPAN INI DIGUNAKAN OLEH PIHAK MADRASAH AL JAMIAH UNTUK MEMBIAYAI KOS PENGOPERASIAN DAN PENGIKLANAN KEPADA BIX WEALTH SDN. BHD. SEPANJANG KEMPEN INI DIJALANKAN.